Wednesday, March 28, 2012

Buka dan Menang

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Saya nak k0ngsi cerita pasal pertandingan buka dan menang. Kejadian ni berlaku kira-kira 3 minggu yang lalu ketika saya dan isteri pergi membeli-belah di sebuah pasar raya. Semasa kami di kawasan parking, ada seorang lelaki ni datang menuju ke arah kami. Dia memberi sekeping kad kepada kami untuk dibuka. Dia cakap dalam kad tu ada yang ada hadiah dan ada yang tidak. Saya buka kad, kosong. Isteri buka kad, ada hadiah. Saya diam tak berkata apa-apa, bukan tergamam, tapi fikir macam mana nak lari dari kerenah mamat ni. Dia memujuk saya pergi ke pejabatnya yang agak jauh dari tempat tersebut untuk mengambil hadiah. Untuk meyakinkan saya lagi, dia memberi I.Cnya sebagai bukti yang ini bukan main-main. Dalam fikiran saya, ini macam jerat dan menyebabkan saya ragu-ragu. Tanpa tunggu lama, kami terus beredar lepas beritahu yang kami ada emergency.

Saya berasa selesa dan lebih selamat setelah beredar. Syukur kepada Allah s.w.t tiada apa yang berlaku kepada kami...

No comments:

Post a Comment