Tuesday, November 8, 2011

Labur, Simpan, atau Guna?

Assalamualaikum,

Di saat ini, emas & perak makin mendapat perhatian di kalangan orang ramai. Kedua2 logam berharga (precious metal) ini di anggap sebagai duit sebenar (real money) kerana nilainya yang tidak susut dan sukar didapati.

Masyarakat kita memang tidak asing dengan emas. Malahan sejak dahulu lagi emas dijadikan salah satu hadiah semasa majlis perkahwinan. Kebanyakan emas yang digunakan sebagai hadiah adalah dalam bentuk perhiasan/aksesori (jewelleries) wanita. Akan tetapi, pada masa kini penggunaan dinar emas mula dijadikan trend sebagai mas kahwin menggantikan wang kertas (fiat money).

Apabila ditanya pasal perak, soalan yang biasa diajukan, 'laku ke perak ni?', 'ada nilai ke perak ni?', etc. Perak dianggap sebagai 'adik' kepada emas. Tanpa kita sedari, nilai perak juga meningkat. Kalau setahun lepas kita boleh dpt 60g perak dengan RM150, pada hari ini kita hanya mampu memiliki 30g perak dengan harga yang sama.

Dalam sejarah manusia, emas dan perak digunakan sebagai matawang dalam urusan muamalat. Kerajaan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w dan para khalifah juga menggunakan emas dan perak yang dikenali sebagai dinar dan dirham dalam urusan muamalat.

Emas dan perak boleh dijadikan sebagai pelaburan, simpanan, dan juga dalam urusan jual beli, semuanya terpulang kepada individu. Bagi saya sendiri, saya lebih gemar untuk memiliki emas dan perak sebagai penyimpan nilai.

No comments:

Post a Comment