Sunday, November 13, 2011

Krisis Hutang

Negara-negara di Eropah dilanda krisis hutang yang teruk. Mata wang EURO yang dulunya digahkan sebagai salah satu mata wang yang kukuh kini semakin susut. Terbaru, PM Itali, Silvio Berlusconi telah meletak jawatan akibat situasi ini.

Di kala ekonomi eropah bergelut, ada pemimpin negara-negara dalam eropah bersetuju untuk membuat 'pinjaman' bagi membolehkan ekonomi 'tumbuh' dan 'berkembang'. Bagaimana negara membuat 'pinjaman'? Melalui 'Quantitative Easing'. Apa benda tu? Senang citer macam ni, diorang cetak duit supaya duit tu nampak banyak. Apa akibatnya? Nilai mata wang susut dan hiperinflasi. Sebab? Wang semakin banyak dan mudah didapati. Anda boleh lihat contoh di Zimbabwe. Cuba klik kat sini http://en.wikipedia.org/wiki/Hyperinflation_in_Zimbabwe

Adakah ini berlaku di Eropah sahaja? Tidak. Ia berlaku di seluruh dunia sejak dahulu lagi. USA juga mengalaminya. Malaysia juga mengalaminya. Apa berlaku kalau mata wang susut? Kita perlukan lebih wang untuk membeli sesuatu yang sama kita beli dahulu dengan wang yang sedikit. Contoh, dulu harga kambing seekor RM400, sekarang akibat nilai mata wang susut kita perlu kan RM 700 untuk membeli seekor kambing.

Apa yang boleh kita buat untuk menghadapi krisis ekonomi global ni? Bekukan nilai mata wang anda dengan EMAS dan PERAK atau apa jua jenis komoditi dan aset yang bernilai. EMAS dan PERAK adalah wang sebenar. Dalam al-Qur'an pun ada firman Allah s.w.t mengenai EMAS dan PERAK dan kewajipan berzakat dengannya.

Saya sendiri tidak menafikan sekarang ni wang kertas (fiat money) lebih mudah digunakan, tetapi tidak mustahil suatu hari nanti ianya tidak lagi bernilai. So, simpan lah emas walaupun sedikit.

Jazakallah...

No comments:

Post a Comment