Monday, October 3, 2011

Pelaburan Terbaik Untuk Jangka Masa Panjang

Hai kawan-kawan, hari ini saya nak kongsi sikit cerita pasal pelaburan (investment).

Masa kecik2 dulu, mak dan ayah selalu pesan simpan duit, nanti bile dah besar senang, boleh guna untuk sambung belajar and so on...

Di akhbar dan tv jugk banyak iklan berkenaan pelaburan contohnya ASB, ASM, ASW dan so on..

Semuanya mengajak kita menyimpan duit a.k.a wang kertas. Tidak dinafikan aktiviti harian kita banyak menggunakan wang i.e nk beli makanan, pakaian, kenderaan etc. Akan tetapi, berbaloikah kita menyimpan wang untuk masa akan datang? Dulu dengan duit sebanyak 30 sen sudah cukup untuk membeli nasi lemak sebungkus, tapi dapatkah kita membeli sebungkus nasi lemak dengan harga tersebut pada hari ini? Mungkin kalau ada pun kita akan berasa pelik kan. Itu baru cerita pasal nasi lemak, belum cerita pasal barang2 dan keperluan lain. Kita penat lelah mengumpul wang, tapi tidak sedar nilainya semakin susut.

Lain pula ceritanya dengan emas dan perak. Nilai kedua-dua logam berharga ini tidak pernah susut. Pada tahun 2001 harga 1 Oz emas hanya USD 300. Sekarang harganya meningkat kepada USD 1600 1 Oz. Walaupun dalam simpanan kita hanya ada 1g emas, nilainya adalah lebih berharga daripada timbunan wang kertas.

Perak diberi timangan 'emas masa depan'. Sekiranya kurang berpeluang memiliki emas, rebutlah peluang memiliki perak. Harganya pada hari ini hanya USD 30 1 Oz, tetapi nilainya meningkat kira-kira 75% setiap tahun. Jadi tidak rugi menyimpan perak.

Walau bagaimanapun, ini semua atas pilihan anda sama ada ingin terus melabur dalam bentuk wang kertas atau beralih kepada pelaburan emas dan perak. Kesan dan akibatnya kita tidak dapat ketahui pada masa pendek, tetapi pada masa akan datang mungkin kita terasa akibatnya.




No comments:

Post a Comment