Monday, October 17, 2011

Berat dan Premium

Assalamualaikum, kawan2 hari ni saya nak kongsi sedikit mengenai asas pelaburan emas dan perak.

Berat
Perasan tak yang di http://www.kitcosilver.com, harga silver
diukur dengan USD/oz.
Apa dia oz ni? Untuk emas & perak, beratnya diukur menggunakan
sukatan troy oz (oz). 1 troy oz (oz) = 31.1gram
Banyak coin dan bar yang diimport menggunakan sistem berat
ini berbanding kita yang menggunakan gram & kilogram.

Premium
Premium pula ialah perbezaan harga spot dan harga bullion.
Semakin rendah premium bullion perak yang kita beli, semakin untung kita sebagai pelabur.
Saya beri contoh:

Harga spot silver pada 25 September 2011 ialah RM3.17/g.
Harga runcit bullion A ialah RM132/oz atau RM4.24/g
Harga runcit bullion B ialah RM1000/250g atau RM4.00/g

Jika kita ada modal pelaburan RM1000, dah tentu kita pilih
bullion B kerana ia lebih murah per gram berbanding bullion A.

Saya harap selepas ini anda boleh mula buat perbandingan
premium di antara 2-3 bullion perak yang berbeza.

No comments:

Post a Comment