Friday, September 30, 2011

Mari Mulakan...

Assalamualaikum,

Saya mula berjinak-jinak dalam pelaburan emas dan perak sejak mula melangkah ke alam pekerjaan pada tahun 2009. Pada mulanya, awal tahun 2010, saya membuka akaun Gold Saving Passport Account (GSPA) anjuran Maybank. Harga emas pada masa itu ialah dalam lingkungan RM 120/g. Setiap bulan saya cuba maintain beli 1-2g emas bergantung kepada kemampuan. Harga emas pada hari ini dalam lingkungan RM 170/g.

Cuba kita lihat, dalam masa 1 setengah tahun sahaja harga emas sudah meningkat kepada hampir 50% daripada harga asalnya. Boleh tak kawan-kawan cuba bayangkan sekiranya kita ada banyak simpanan emas, kekayaan kita akan berganda. Pada hari ini kita boleh dapatkan 1 dinar emas dengan harga RM 800, pada tahun hadapan mungkin nilai menjadi RM 1000, dan tahun berikutnya mungkin menjadi RM 1200...begitulah seterusnya. Dengan jumlah dan berat yang sama nilai emas dan perak tidak akan susut.

Nilai emas dan perak akan terus meningkat secara keseluruhannya pada setiap tahun.

So, kawan-kawan marilah kita bersama menyimpan dalam bentuk emas dan perak.

No comments:

Post a Comment