Hmm...peristiwa semalam penuh mendebarkan tatkala aku ingin pulang ke lombong. Begini ceritanya, petang semalam aku balik kerja jam 5 petang. Sampai sahaja di bilik aku terus mandi, solat dan bersiap2 untuk ke bazar ramadhan. Belum sempat aku nak pergi, pejabat tempat aku bekerja telefon aku beberapa kali tetapi aku tidak menjawabnya. Selepas itu, ada orang datang ke bilik aku dan memberitahu nak menggunakan kenderaan. Aku pun bagi dia kenderaan tersebut dan aku guna kenderaan lain.
Aku pun keluar ke pekan dan pergi ke bazar bersama-sama kawanku. Dah selesai membeli juadah berbuka aku pergi ke rumah kawanku. Tiba sahaja kami di rumah, bekalan elektrik terputus tetapi lebih kurang setengah jam kemudian bekalan elektrik kembali pulih. Kami berbuka bersama-sama pada jam 7.30 petang.
Setelah selesai berbuka serta menunaikan solat fardhu maghrib,kami bersiap2 untuk ke masjid bagi mengerjakan solat isyak berjemaah seterusnya solat sunat tarawih. Baru sahaja kami menghidupkan enjin kenderaan kami sedar bahawa lampu kenderaan tersebut tidak berfungsi. Namun, itu tidak mematahkan semangat kami untuk ke masjid. Kami ke masjid menaiki kereta kawanku itu.
Kami selesai menunaikan solat pada jam 10 malam. Aku ingin pulang ke lombong dengan kenderaan yang tidak berlampu itu. Pada mulanya kawanku mengekori aku dengan keretanya dari belakang, tetapi sebaik sahaja sampai di pintu ladang ke lombong aku menjadi panik kerana tiada lampu jalan di pasang sepanjang laluan menyebabkan aku tidak nampak jalan di hadapan. Lantas, kawanku memberi idea yang sungguh bernas. Aku pun menelefon kawanku yang bekerja pada waktu malam untuk keluar mengambilku di rumah kawanku tadi. Aku dan kawanku pun pulang semula ke rumahnya. Sampai di rumah, kami menunggu kawanku dari lombong. Kira-kira 10 minit kemudian, kawanku tiba dan mengambilku. Maka legalah hatiku ini kerana dapat pulang ke lombong.
Moral dari cerita di atas:
1. Periksa kenderaan anda setiap kali sebelum perjalanan.
2. Kita hidup hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.
Qib..lain kali ko tnyer org yg nak pinjam kete tu..kete department dier maner?sejak bile ko atau aku nak berkorban utk budak department lain nih....
ReplyDelete